Make your own free website on Tripod.com

Arrasul Qudwatuna

Rasulullah berdoa dengan khusyuk.... airmatanya

sentiasa berlinangan, wajahnya sentiasa ceria yang

menyejukkan mata yang memandangnya, sangat elok dan

sempurna wajahnya.

Rasulullah memiliki perasaan yang halus, mengambil

wudhu' sebelum tidur dan berzikir sehingga lena, suka

makan secara beramai-ramai dari keseorangan, bencikan

kemegahan dan perhiasan yang cantik.

RAsulullah makan apabila lapar.. berhenti sebelum

kenyang, tidak pernah mengumpat, mencerca orang lain,

memakai serban di atas kopiah.

Rasulullah memberi salam kepada ahli rumah ketika

berpergian atau kepulangan, sangat berlemah-lembut

dengan isteri dan ahli keluarga, sentiasa memulakan

salam kepada sesiapa yang ditemuinya, bersalam dengan

sahabat dan memeluknya apabila bertemu, apabila

berjabat tangan.. Rasulullah tidak melepaskannya

sehingga yang dijabatnya itu melepaskannya.

Rasulullah mengangkat tangan apabila melepasi

kanak-kanak, tanda hormat kepada mereka, tidak pernah

menatap atau merenung wajah orang lama-lama, sangat

menghormati orang tua , sangat mengasihi orang muda

dan kanak-kanak.

RAsulullah tidak bangun dari majlis makan sehingga

tetamu lain bangun, tidak pernah melunjurkan kakinya

di depan sahabat, suka bercakap lambat-lambat dan

menyebut perkataan dengan jelas dan sentiasa

menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap

dengannya, tidak pernah ketawa terbahak-bahak, tetapi

tersenyum lembut.

Rasulullah sangat fasih dan manis tutur bicara,

tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap

cabaran atau kesusahan, amat kasih terhadap umatnya,

tidak pernah mengambil rezeki kurmiaan Allah melebihi

keperluannya, rezeki yang berlebihan akan ditabur

untuk jihad fisabilillah.

RAsulullah sentiasa membantu orang lain walaupun

baginda sendiri dalam kesusahan, tidak pernah menghina

orang miskin, tidak pernah merasa terhina bergaul

dengan ornag miskin, suka memberi makan kepada fakir

dan sering duduk bersama mereka.

Rasulullah amat pemurah sehingga digambarkan seperti

angin yang lalu, tidak suka tidur dalam bilik gelap,

tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi,

bersikap tegas, pemaaf, dan pengasih dalam perjuangannya.

__________________________________________________

Do You Yahoo!?

Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.

http://im.yahoo.com/

> >>

> >>

>

>> ------------------------------------------------------------------------

> >> Hot off the press- summer's here!

> >> School's out and it's sizzling hot. Whether you're planning a

> >> graduation party, a summer brunch, or simple birthday party,

> >> shop GreatEntertaining.com before your next celebration.

> >> http://click.egroups.com/1/4473/1/_/30126/_/959767398/

>

>> ------------------------------------------------------------------------

> >>

> >> Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?

> >>

> >> Untuk melanggan: Hantar email ke dakwah-subscribe@egroups.com

> >>

> >> Berhenti melanggan: Hantar email ke dakwah-unsubscribe@egroups.com

> >>

> >> Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah

> >pesanku biarpun satu ayat..."

> >>

> >> Bina empayar and di Internet!! http://www.netmyne.com/

> >>

> >>

> >

> >

>